Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Jumaat, 28 Oktober 2022

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5). Adakah anda calon SPM 2022? Sudah baca bab ke bab novel Tirani? Panduan buat anda khususnya pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk pengetahuan, Novel Tirani adalah merupakan novel Komsas Tingkatan 5 daripada karya Beb Sabariah yang telah digunakan pakai pada tahun 2016 hingga tahun 2021 bagi Zon 2 iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah nota lengkap novel Tirani sebagai rujukan buat pelajar.

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang novel Tirani Komsas Tingkatan 5 yang merangkumi sinopsis, bab ke bab, tema, persoalan dan sebagainya.

Sinopsis Tirani


TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga inginmencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Lagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadikenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron highland. Kemajuan chalet yangdiusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI. 

Tema Tirani 


Tema dalam novel Tirani ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Bukti pertama Waheeda sering melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Bukti kedua ialah bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Persoalan Tirani


1. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Bukti pertama ialah Raidah & ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.

Bukti kedua ialah Raidah tidak jemu memujuk Waheeda ketika anaknya itu balik dari sekolah dengan marah-marah kerana diejek oleh rakan-rakannya.

Bukti ketiga ialah Raidah sentiasa mengambil berat terhadap anaknya Waheeda dengan bertanyakan hal Waheeda ketika pulang dari sekolah dan menjahit kain Waheeda yang terkoyak.

2. Persahabatan antara dua sahabat.

Bukti pertama ialah Bazilah menyediakan sebuah bilik untuk Waheeda di rumah kepunyaan pak ciknya ketika Waheeda ingin menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre, Singapura.

3. kecantikan merupakan perkara yang menjadi keutamaan wanita.

Sebagai contoh, Waheeda melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorangwanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.

Kedua, Waheeda telah dipilih memasuki pertandingan Ratu Cantik Miss Tourisme international dan Waheeda telah memenanginya.

Nilai Murni Tirani 


1. Nilai ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga.

Bukti pertama, sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid.

Bukti kedua, Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

2. Nilai setiakawan/ persahabatan hubungan persahabatan yang erat dan utuh

Bukti pertama, Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

Bukti kedua, Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pengajaran Tirani 


1. Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih
bahagia.

Raidah, ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani
pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.

Contoh 2 : Metika Waheeda dimasukkan ke wad bersalin, ibunya sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam lmanya.

2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.

Contoh 2 : Waheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort, Singapura.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.

Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung sseperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain.

Contoh 2 : Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak

Latar Tempat, Latar Masa dan Latar Masyarakat 


A. Latar Tempat

1. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

2. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka & hidung akibat dicakar & digigit oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

3. Hotel Flamingo de La rossa. Tempat pertemuan pertama kali antara Waheeda dengan Zahid. Tempat Waheeda bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

B. Latar Masa

1. Waktu siang.

Contohnya, peristiwa Waheeda dikejarkan ke hospital akibat kecederaan pada muka & hidungnya kerana digigit & dicakar monyet Belanda.

2. Waktu petang.

Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minuman petang di Restoran Genki Susyi.

3. Waktu malam.

Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia melintasi bilik tidur anak gadisnya itu.

C. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.

Raidah, ibu Waheeda sentiasa
bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan
matanya yang sepet.

Contoh 2 : Ketika Waheeda dimasukkan ke wad bersalin, ibunya sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam lamanya.

2. Masyarakat yang gigih berusaha.

Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.

Contoh 2 : Waheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort, Singapura.

3. Masyarakat yang tabah.

Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain.

Contoh 2 : Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang
ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola
sepak.

Download Nota Novel Tirani Tingkatan 5


Untuk dapatkan bab ke bab novel Tirani dengan lengkap, anda boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui pautan di bawah :

Klik : NOTA TIRANI

INFO BERKAITAN :

● Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)
● Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan