Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Jumaat, 21 Oktober 2022

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 (Tema)

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 (Tema). Panduan buat calon Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am. Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk semester 2. Kerja kursus Pengajian Am STPM 2022 (Kertas 4 - 900/4) ini mengandungi dua (2) tema dan pelajar boleh membuat pilihan untuk memilih tema yang dikehendaki. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. 

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 (Tema)

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 (Tema)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kerja Kursus Pengajian Am STPM termasuk memaparkan tema, format & struktur penulisan, skema markah dan contoh kerja kursus : 

Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022

Terdapat dua tema yang diberikan dimana calon dikehendaki memilih satu tema bagi menghasilkan satu kerja kursus dengan baik. Markah penuh bagi kerja kursus ini adalah 55 markah.

  1. Tema 1 - EKONOMI: PENGGUNA BIJAK
  2. Tema 2 - SOSIAL BUDAYA: MAKANAN 

Format Penulisan Kerja Kursus Pengajian Am STPM

1. Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

2. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

a. Saiz kertas: A4 putih sahaja

b. Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

c. Tulisan: Times New Roman (font 12)

d. Langkau (spacing): 1.5

3. Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.

4. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan.

5. Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).

6. Kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Struktur Penulisan Kerja Kursus Pengajian Am STPM

1. Abtrak 

2. Kandungan (butiran dan muka surat)

3. Penghargaan

4. Pengenalan

5. Objektif Kajian

6. Lokasi Kajian

7. Metodologi Kajian

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

9. Rumusan/Kesimpulan

10. Rujukan 

Skema Markah Kerja Kursus Pengajian Am STPM

Contoh Proses Penghasilan Kerja Kursus Pengajian Am STPM

Download Manual Kerja Kursus Pengajian Am STPM

Bagi calon yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut tentang Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) boleh memuat turun manual pelaksanaan dalam bentuk PDF, sila klik DISINI

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.mpm.edu.my/stpm/bahan-kerja-kursus-stpm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan